Tabung

Friday 2 December 2011

5 Tips Untuk Berjaya dalam Bisnes Online


Ada email langganan. Samalah macam blog nih. Ada RSS feeds. Supaya orang takkan ketinggalan atau terlupa dengan website kita. Dengan adanya email langganan, kita akan mempunyai pelanggan tetap.

Gambar yang terang dan jelas. Dan setiap sudut gambar diambil. Tak macam beli barang di kedai, kita boleh cek barang tu. Dengan gambar jelah opelanggan boleh nampak dan imagine barang yang dia nak beli. Tapi kena pastikan, what you see is what you get (WYSIWYG).

Mesti berdaftar dengan website supaya boleh dapatkan maklumat(jangan jual pulak). Ni biasanya untuk customer service dan untuk menjaga relationship dengan pelanggan. Bila dah daftar, bagi kupon atau diskaun.

Jual barang yang susah dicari. Jangan pulak jual barang yang memang orang tak cari. Barang-barang yang jarang dijual dikedai la. Ataupun barang yang mahal kalau dijual di kedai. Biasanya barang dikedai mahal sebab campur kos kedai atau tax. Kalau jual online ada kos untuk pos saje.

Letak review. Testimonial daripada pelanggan sangat perlu. Walaupun komen yang tak baik. Biar nampak transparent. Tapi jangan tipu testimonial pulak. Hehe. Sekali kantoi menipu sampai bila-bila orang tak percaya.

sumber : mytalk

Tips Untuk Berjaya dalam Perniagaan Internet

bisnes online

Perniagaan Internet merupakan cabang perniagaan kian berkembang kini. walaupun aktiviti atau urusan jual beli berlangsung tanpa kedua-dua pihak bertemu tapi dari segi kepercayaan dan kejujuran kedua-dua belah pihak amat di titik beratkan bagi menjaga etika serta tamadun diri bagi menambah keyakinan kepada urusan perniagaan itu sendiri.

Walaupun kedua-dua jenis perniagaan online dan offline ini mempunyai matlamat yang sama iatu untuk menjual produk , namun perniagaan internet menjadi tumpuan kepada perniaga kini kerana memerlukan kos yang lebih rendah serta mempunyai pasaran yang luas keseluruh dunia.

Malah anda boleh memulakan perniagaan internet ini dari rumah sahaja. Sebagai permula anda hanya memerlukan empat atau lapan produk sahaja sebagai permulaan adalah lebih baik, anda ingin menjual beg…maka fokuslah pada jualan beg…dari beg tangan, beg sekolah , beg rotan dan pelbagai jenis beg yang popular di pasaran.

jika anda orang perseorangan yang mempunyai modal perniagaan yg rendah..cuba elakkan memjual terlalu banyak jenis produk dalam satu website seperti jualan beg di campur dengan jualan produk kasut, produk kesihatan, baju, tudung dan sebagainya. kenapa saya cadangkan bergitu…ini bertujuan agar anda tidak pening kepala di kemudian hari nanti…

pelanggan pun tak marah-marah pada anda kerana anda mampu uruskannya walaupun seorang diri atau pun secara part time…bila modal sudah banyak bolehlah anda menambah produk dan mengajikan perkerja di bahagian pengurusan stok, pembungkusan dan penghantaran......untuk bacaan dan penerangan selanjutnya jemputlah singgah ke apa-ada.com

sumber: wangsiber